PETIKAN DARI AKHBAR HARIAN METRO / MYMETRO (online) DALAM SISIPAN BISNES BERTARIKH 20 APRIL 2010

Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my
2010/04/20

WAWASAN Paradigma Sdn Bhd, syarikat Bumiputera yang memasarkan Buku Panduan Menulis Rancangan Perniagaan Siri Asas secara dalam talian, yakin buku terbabit akan memberi banyak maklumat pembiayaan kepada 100,000 usahawan menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya, Hazrul Hisham Hassan, berkata pihaknya lebih mempercayai pemasaran secara dalam talian kerana ramai yang boleh mendapat manfaat daripada penerbitan buku berkenaan, lebih-lebih lagi membabitkan geran kerajaan.

Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat melalui laman web aleacorp.com dan soal jawab atau tunjuk ajar kepada pelanggan juga boleh dilakukan melalui laman terbabit.


“Sesiapa saja boleh mendapatkan buku panduan ini kerana ia adalah mengenai geran percuma ditawarkan kerajaan, malah terdapat lebih 20 senarai pembiayaan yang terkandung di dalamnya termasuk cara menulis kertas kerja yang betul.


“Objektif utama kami untuk memberi pendedahan kepada usahawan muda dan mereka di kawasan luar bandar kerana tidak semua tahu mengenainya dan kami memberi pengetahuan asas sebelum mereka yakin untuk memohon geran,” katanya.


Menurutnya, dengan hanya RM30, pembeli bukan saja mendapat buku panduan itu, tetapi juga boleh mengiklankan produk mereka secara percuma selain menjadi sebahagian jaringan keusahawanan syarikatnya.


Katanya, mereka yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi 016-3225537 atau melayari aleacorp.com


Sementara itu, penulis buku berkenaan, Ahmad Zahirudin Ahmad Fauzi, berkata kelainan ditampilkan melalui buku itu adalah melalui penggunaan bahasa Malaysia.

Tahniah !

Berikut adalah Pemenang Weekly Pool dbermula 22hb-31hb Januari 201010.

Pengumuman Penting:

1) Team www.aleacorp.biz sedang merangka satu jadual Jelajah AleaCorp (Roadshow) ke seluruh Negarayang bermula Febuari 2010 ini. Oleh yang demikian, jika ada ahli-ahli yang mahukan kami mengadakan penerangan untuk jaringan anda, anda boleh hubungi hubungi konsultan AleaCorp En. Heedir di heedir@aleacorp.com atau sms 016-3225537.

Nantikan Team AleaCorp di lokasi anda!!

TAHNIAH! Berikut adalah pemenang untuk edisi ke-9 (22hb-31hb Januari 2010) Pool mingguan dengan wang pool terkumpul adalah berjumlah RM2022.00!! Peningkatan sebanyak 3 kali ganda berbanding minggu sebelumnya!!

KEJUTAN pada minggu ke-9, pihak pengurusan telah sepakat untuk tidak hanya memilih TOP 5 tetapi hingga TOP 10!! Ini adalah untuk memberi sokongan moral terutama kepada ahli-ahli yang baru menyertai AleaCorp.biz.

1. mednor (31) – RM606.6
2. php (20) – RM424.6
3. abgjai (11) – RM202.2
4. moneytransit (11) – RM202.2
5. puterialia (9) – RM141.5
6. evo11 (7) – RM101.10
7. sietie (7) – RM101.1
8. hamat007 (6) – RM80.9
9. alipdu2914 (6) – RM80.9
10. berkat52 (6) – RM80.9